Saturday, December 17, 2011

Hukum Menyambut Cristmas

Ape yang dimaksudkan dengan 'Cristmas'.. Selama ini kalian pernah tahu tak apa yang dimaksudkan dengan 'Cristmas'? Kalau tak tahu, ni ada sedikit info-info tentang 'Cristmas'.



SEJARAH 'CRISTMAS'

-Hari raya yang terbesar dalam agama Kristian ialah Paskah bukan Hari Natal (Cristmas). Hari Natal mula dirayakan di Persidangan Rome pada tahun 354 m.

-Pada mulanya Hari raya mereka ini disambut pada 6 Januari. Tetapi Paus Liberius menukar kepada 25 Disember. Gereja-gereja Katholik merayakan hari raya ini pada 7 Januari pada setiap tahun bermula dari tahun 345 m sehingga sekarang.

-Pendeta bangsa Scythian dan ahli nujum bernama Dionzysius Eziguus menetapkan Hari Natal pada 25 Disember tanpa sebarang alasan.

-Menurut Almanak Yulius ,tarikh 25 Disember merupakan tarikh lahirnya matahari.

Hukum Bagi Orang Muslim Menyambut Perayaan Agama Bukan Islam.

Di sini ade beberape soalan yang boleh kita ambil faedah darinya..

1) Boleh tak bagi hadiah dekat orang Kristian sempena Hari Natal?

Jawapan
: kalau merka tidak mula beri kita hadiah pada hari kebesaran kita, maka tak boleh. Tapi kalau mereka bagi kita hadiah pada hari kebesaran kita seperti Hari Raya, maka hukumnya boleh. Kalau kita saja nak beri, tak boleh.


2) Boleh tak hadir ke majlis perayaan mereka?

Jawapan
: Kalau mereka buat di gereja, tak boleh sama sekali. Kalau mereka buat di rumah, kita perlu tengok keadaan.

-Kalay mereka itu jiran kita, kalau boleh cuba elakkan diri dari menghadirinya.. Kalau tidak boleh, kalian boleh pergi tetapi dengan syarat mereka datang meraikan kita pada hari kebesaran kite dahulu. Dan jangan makan dan minum semua yang dihidang, perlu tengok dahulu. Kalau mereka buat majlis keagamaan, seperti bawa patung, sembah tuhan mereka atau nyanyi lagu mereka, jangan sesekali ikut mereka lakukannya.

-Kalau mereka tidak adak kena-mengena dengan kalian, jangan datang.

3) Boleh tak beri ucapan kepada mereka??

Jawapan: Kalau masa kita raya dulu mereka ucapkan Selamat Hari Raya dekat kita, jadi kita pun boleh balas macam itu juga, tetapi kalian pernah dengar perkataan 'Merry Cristmas' membawa maksud selamat ke atas tuhan mereka? Macam mana kita nak ucapkan perkataan tu sedang kan membawa maksud yang mengsyirikkan ALLAH?  Caranya mudah, kalian tak perlu cakap 'Merry Cristmas', cukup sekadar mengatakan Selamat Hari Raya  atau mabruk(dalam bahasa arab) atau semoga gembira di hari raya atau yang sama waktu dengannya.



Peringatan
 .Apa-apa pun yang kita buat (seperti beri hadiah, datang majlis, ucapakan selamat hari raya) bukannya bererti kita meraikan hari kebesaran mereka, kita cuma menghormati mereka sahaja bukan raikan.. Kalau kita raikan bermakna kita membenarkan agama mereka. boleh jadi syirik tu,bahaya.

1 comment:

  1. mau cari baju,boneka natal kesini aja, ada kaos couple natal boneka santa claus hanya di http://ayobelanjabaju.com lengkap dan bagus bagus lhoo
    cara Order: SMS: 08-999-89-59-39 atau 0852-8820-2838 YM: ayobelanjabaju@yahoo.com atau grosirkaoscouple@yahoo.com

    ReplyDelete